Cuba main tekan-tekan....

Sunday, March 14, 2010

Al-Fatihah buat puteri sulungku... Nur Zahra Allisya...




Sudah lama aku mendiamkan diri... Blog pun dah lama aku tak update... Ada gak rasa rindu dihati untuk meluahkan apa yang terpendam di hati dan apa perlu dikongsi bersama kawan-kawan... Kali ini aku kembali untuk mengemaskinikan tentang apa yang terjadi dalam hidup selama menghilangkan diri...


Tak pernah sekali terlintas dihati aku bahawa aku akan kehilangan puteri sulungku dengan sekelip mata... Bukan aku tak pernah keguguran sebelum ni... Tapi dengan sokongan dari suami tersayang aku kuatkan semangat untuk kehamilan yang kedua kali... Selepas kekecewaan dari kehamilan pertama...


Hati ini menjerit dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kerana Allah SWT memberi aku peluang kedua untuk menimang anak... Kali ni aku sanggup berhenti kerja kerana pengalaman yang lalu mengajar aku untuk lebih berhati-hati... Bukan itu saja naluri hati aku kuat mengatakan anak aku akan membesar dengan sihat kali ni tanpa sebarang kecacatan... Tapi kita sebagai umatnya hanya boleh merancang tapi DIA yang menentukan segalanya...


Pada awal kehamilan aku mengalami "Morning Sickness" yang agak teruk hingga mengganggu prestasi kerja aku... Bulan bersilih ganti aku sudah semakin pulih.. Dari tak lalu makan hingga aku mula mengatur makanan... Yang itu nak makan yang ini nak makan.... hehehehe biasa la bila dah mengandung semua nak makan.... Terpapar wajah kegembiraan di muka suami ku sesungguhnya anak ini yang dinantikan selama ini....


Masuk saja bulan kehamilan yang keempat aku terkejut apabila pintu rahim aku dah terbuka sebanyak 4cm dan kandungan ku sudah terkeluar sebesar bola ping pong... Doktor kata aku terpaksa dimasukkan ke hospital dengan segera... Akhirnya pangkal rahim aku dapat dijahit dengan jaminan 50-50% sahaja... Sebab doktor kata makin berat baby aku makin susah untuk rahim aku menampung... Dengan penuh kesabaran aku memujuk baby aku supaya tak nakal-nakal dalam kandungan... Risau, susah hati serta sedih jangan kata.. semua dah bercampur aduk... Aku masih kuat semangat sebab doktor kata baby aku ok... pembesaran dia amat bagus... Dia membesar dengan cepat dan sihat... Walaupun perut aku tak membuncit tapi aku tau baby aku sihat didalam... Maklum la aku kan berbadan besar so bila mengandung memang susah nak tengok badan buncit...


Aku ni sepanjang mengandung hanya baring je benda lain memang aku tak buat... Kerja-kerja berat memang aku tak buat... Tapi macam yang aku cakap Allah SWT lebih sayangkan baby aku... masuk 5 bulan lebih aku mula mengalami pendarahan dan sakit seperti nak beranak... Sekali lagi aku dimasukkan ke hospital... Dengan perasaan yang sedih aku memujuk hati dan kandungan aku agar bertahan... Mengharapkan sesuatu yang mustahil, air ketuban aku mulai pecah dan anak aku dah mula kuar.. Aku dimasukkan ke bilik bersalin dengan harapan aku boleh beranak normal tapi sebelum tu jahitan dahulu di pangkal rahim terpaksa dibuka kerana doktor memberitahu kaki anak aku sudah kelihatan.... Sedih bukan kepalang aku menangis sambil menanti suami aku datang kepadaku....


Selepas mendapat kebenaran dari suamiku untuk melahirkan anak yang tak cukup bulan, para doktor dan jururawat memulakan kerja... Sakit bukan kepalang bukan kerana anak menekan keluar tapi kerana doktor merobek isi aku hidup-hidup tanpa dibius untuk membuka jahitan di pangkal rahim aku... Oleh kerana tak tahan doktor mencadangkan agar aku melahirkan anak dahulu selepas itu baru jahitan dibuka.... semalaman badan aku dimasukkan air agar aku senang melahirkan anak tapi semalaman jugak aku tak merasa sebarang kesakitan untuk beranak... Apabila sampai pagi aku masih belum bersalin, doktor terpaksa masukkan aku ke bilik bedah... Aku akan dibius dan jahitan akan dibuka agar anak aku senang lahir... Masuk saja ke dalam bilik bedah jantung berdegup bukan main kuat lagi dengan air mata yang berlinangan tanpa henti kerana sebagai ibu hari itu adalah hari aku terpaksa melepaskan anak aku dari kandungan ku... Sebagai isteri aku terpaksa memberitahu kepada suamiku bahawa zuriatku tak dapat diselamatkan....


Sebaik sahaja doktor membuka jahitan, anak aku keluar dengan senang sekali.. Aku terkejut melihat anak aku yang boleh dikatakan besar dari usia kandungannya.. Mungkin ini hasil dari titik peluh aku menjaganya dengan elok semasa dia berada didalam kandunganku... Doktor memberitahu jantinanya... Memang selama ni sudah ku jangka jantinanya perempuan walaupun aku tak scan lagi... Mungkin juga sebab dari kehamilan lagi aku menjadi sangat-sangat manja dengan suamiku, sampai tak boleh berenggang langsung... kata orang kalu dah jadi macam tu mesti anak yang dikandung tu perempuan sebab anak perempuan selalunya rapat dengan si ayah...


Aku menangis dengan sepenuh hati bila aku tengok anak aku sudah tak bermaya dan terbujur di situ kerana paru-parunya tidak boleh bernafas sendiri... Apabila doktor memotong tali pusat anak aku maka terputus la sudah pernafasannya dengan ku.... Aku lebih sebak apabila melihat suamiku menangis di kala jururawat menunjukkan anak ku kepadanya... Lagi membuatkan aku lemah, aku berasa sungguh kecil dan tak bermaya... Aku tak dapat memberi zuriat kepada suamiku buat kali kedua... Kenapa Allah duga aku sebegini... Bilakah dugaan ini akan berhenti????


Aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Nur Zahra Allisya Binti Zainal Ariffin pada 6.3.2010 pada pukul 12.15pm.... Puteri sulungku amat cantik, sempurna dan cukup sifat berbeza dari usianya... Pada hari yang sama jugak pada pukul 4.12 petang anak aku telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kulim... Aku redha atas segalanya... Allah itu maha segalanya... Pasti ada hikmah dan agenda yang lebih besar buatku di masa akan datang.... Alhamdulillah, walaupun anakku sudah tiada tapi kasih sayangku kepadanya tak pernah luntur... Aku dan suamiku amat menyayanginya dan kami sentiasa merinduinya... Aku berdoa agar Allah beri aku peluang kali ketiga untuk menimang cahaya mata...


Akan ku kirimkan AL-FATIHAH buat puteri sulungku NUR ZAHRA ALLISYA... Semoga anakku bahagia di sana dan semoga kita akan berjumpa lagi di akhirat nanti...

Zahra, Papa n Mama akan sentiasa doakan yang berbaik buatmu....


p/s:- Aku juga tahu banyak lagi wanita di luar sana mengalami masalah serta dugaan seperti ku... Sabar la wahai para wanita.. sesungguhnya Allah itu maha segalanya... Pasti ada rezeki buat kita di masa akan datang....