Cuba main tekan-tekan....

Thursday, December 29, 2011

Penutup tirai 2011...


Tak banyak yg boleh aku ungkapkan bagi tahun 2011... Tak da apa yg menarik sgt cuma dapat beli rumah idaman kalbu, dapat keja baru dekat Tune Hotel, Kulim & mengandung kali ke 3... aku cuma doakan agar semuanya berjalan dengan lancar... Baby yg ke 3 ni adalah rahmat utk aku dan suamiku... Sudah lama kami menanti akhirnya doa kami didengari oleh Allah SWT... Amin

Aku pasti tahun 2012 akan membawa seribu erti dan makna kepada kami sekeluarga... Kedatangan orang baru akan menceriakan lagi kehidupan lagi... Doktor cakap anak perempuan, so kena berjaga2.. kang kuar anak lelaki payah plak... Yelah kalu semua baju dah terbeli kaler 'PINK'... Naya jer hehehe Aku bersyukur sgt2 sebab dapat peknen buat kali ke 3... Aku dah cuba sedaya-upaya utk menjaga anak dalam kandungan ini... Baby tak banyak kerenah, dia memang anak yang baik... Duduk dalam perut pun diam2.... cam arwah kakak dia dulu memang aktif, kuat bergerak... Hehehehe Tiap kali pi scan perut, air mata aku akan meleleh secara automatik... Tanpa disuruh, entah kenapa??? Mungkin itu air mata kegembiraan agaknya... Bukan aku sahaja yang alami semau 2... Aku juga dapat melihat sinar kegembiraan di mata suamiku... Itu sudah mengcukupi bagiku... Inilah hadiah paling ternilai yang akan aku berikan padanya untuk tahun 2012.... X sabar aku rasanya, Aku due 1st May 2012... So kengkawan doa-doakan agar aku selamat melahirkan baby yang sihat dan sempurna....

APAPUN AKU NAK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 & SEMOGA AZAM MASING2 TERCAPAI....

Gambar time training dekat Tune Hotel, Penang... Memang best sangat2....

Saturday, May 14, 2011

Tergamam bila melihat.... Nak makan yang mana satu ni????

Bagi pengemar coklat, kalu tengok apa yang saya upload mesti ada yang dah menelan air liur mana taknya sedap je nampak... Camtu la reaksi saya bila mula-mula dapat email dari kawan saya... Dia siap suruh pilih lagi nak pilihan yang mana satu.... Coklat ni kalu makan memang tak leh nak berhenti, kalu boleh bersambung je sampai dah takda coklat untuk dikunyah... Tapi coklat kat bawah ni nak makan pun sayang, cantik sangat kan??? Indah dipandang katakan...Kalu korang ler diberi pilihan coklat yang mana satu korang nak makan????


Pilihan 1


Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4


Pilihan 5


Pilihan 6



Pilihan 7





Buat pilihan segera korang nak makan yang mana satu... Kalu saya semua saya makan sebab saya memang suka makan coklat.....

Thursday, May 12, 2011

Lama Tak Update Log.... Aku, Hubby, Geng Rapid dan Futsal.....

Buat kawan-kawan sori yer lama x update blog... Ampun maaf sepuluh jari kami hulurkan... Alhamdulillah aku dah bertambah sihat sejak kejadian tahun sudah... Untuk pengetahuan semua aku dengan hubby aku masih lagi dalam mood honeymoon... Xda lagi tanda2 akan menambah ahli keluarga yang baru.... hehehehe



So bila dah berdua ke hulu ke hilir cam belangkas la kami... Aku upload gambar wat tatapan kawan-kawan2... Time tu xtau macam mana nak gambarkan hubby aku bersemangat main futsal.. sedangkan aku tengok dia nak lari pun x larat, bawak perut je lebih... hehehehehe Kalu ada masa nanti akan aku upload video permainan tersebut... Apapun pasukan lawan perlawanan futsal tersebut 10-3.... Ni kira kena banyak latihan lagi ni.... Malu ler....



Geng Rapid PG



Posing Maut.....


Gaya cam pemain handalan je kan... masuk je dalam padang... hampehhhhh....

Sunday, March 14, 2010

Al-Fatihah buat puteri sulungku... Nur Zahra Allisya...




Sudah lama aku mendiamkan diri... Blog pun dah lama aku tak update... Ada gak rasa rindu dihati untuk meluahkan apa yang terpendam di hati dan apa perlu dikongsi bersama kawan-kawan... Kali ini aku kembali untuk mengemaskinikan tentang apa yang terjadi dalam hidup selama menghilangkan diri...


Tak pernah sekali terlintas dihati aku bahawa aku akan kehilangan puteri sulungku dengan sekelip mata... Bukan aku tak pernah keguguran sebelum ni... Tapi dengan sokongan dari suami tersayang aku kuatkan semangat untuk kehamilan yang kedua kali... Selepas kekecewaan dari kehamilan pertama...


Hati ini menjerit dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kerana Allah SWT memberi aku peluang kedua untuk menimang anak... Kali ni aku sanggup berhenti kerja kerana pengalaman yang lalu mengajar aku untuk lebih berhati-hati... Bukan itu saja naluri hati aku kuat mengatakan anak aku akan membesar dengan sihat kali ni tanpa sebarang kecacatan... Tapi kita sebagai umatnya hanya boleh merancang tapi DIA yang menentukan segalanya...


Pada awal kehamilan aku mengalami "Morning Sickness" yang agak teruk hingga mengganggu prestasi kerja aku... Bulan bersilih ganti aku sudah semakin pulih.. Dari tak lalu makan hingga aku mula mengatur makanan... Yang itu nak makan yang ini nak makan.... hehehehe biasa la bila dah mengandung semua nak makan.... Terpapar wajah kegembiraan di muka suami ku sesungguhnya anak ini yang dinantikan selama ini....


Masuk saja bulan kehamilan yang keempat aku terkejut apabila pintu rahim aku dah terbuka sebanyak 4cm dan kandungan ku sudah terkeluar sebesar bola ping pong... Doktor kata aku terpaksa dimasukkan ke hospital dengan segera... Akhirnya pangkal rahim aku dapat dijahit dengan jaminan 50-50% sahaja... Sebab doktor kata makin berat baby aku makin susah untuk rahim aku menampung... Dengan penuh kesabaran aku memujuk baby aku supaya tak nakal-nakal dalam kandungan... Risau, susah hati serta sedih jangan kata.. semua dah bercampur aduk... Aku masih kuat semangat sebab doktor kata baby aku ok... pembesaran dia amat bagus... Dia membesar dengan cepat dan sihat... Walaupun perut aku tak membuncit tapi aku tau baby aku sihat didalam... Maklum la aku kan berbadan besar so bila mengandung memang susah nak tengok badan buncit...


Aku ni sepanjang mengandung hanya baring je benda lain memang aku tak buat... Kerja-kerja berat memang aku tak buat... Tapi macam yang aku cakap Allah SWT lebih sayangkan baby aku... masuk 5 bulan lebih aku mula mengalami pendarahan dan sakit seperti nak beranak... Sekali lagi aku dimasukkan ke hospital... Dengan perasaan yang sedih aku memujuk hati dan kandungan aku agar bertahan... Mengharapkan sesuatu yang mustahil, air ketuban aku mulai pecah dan anak aku dah mula kuar.. Aku dimasukkan ke bilik bersalin dengan harapan aku boleh beranak normal tapi sebelum tu jahitan dahulu di pangkal rahim terpaksa dibuka kerana doktor memberitahu kaki anak aku sudah kelihatan.... Sedih bukan kepalang aku menangis sambil menanti suami aku datang kepadaku....


Selepas mendapat kebenaran dari suamiku untuk melahirkan anak yang tak cukup bulan, para doktor dan jururawat memulakan kerja... Sakit bukan kepalang bukan kerana anak menekan keluar tapi kerana doktor merobek isi aku hidup-hidup tanpa dibius untuk membuka jahitan di pangkal rahim aku... Oleh kerana tak tahan doktor mencadangkan agar aku melahirkan anak dahulu selepas itu baru jahitan dibuka.... semalaman badan aku dimasukkan air agar aku senang melahirkan anak tapi semalaman jugak aku tak merasa sebarang kesakitan untuk beranak... Apabila sampai pagi aku masih belum bersalin, doktor terpaksa masukkan aku ke bilik bedah... Aku akan dibius dan jahitan akan dibuka agar anak aku senang lahir... Masuk saja ke dalam bilik bedah jantung berdegup bukan main kuat lagi dengan air mata yang berlinangan tanpa henti kerana sebagai ibu hari itu adalah hari aku terpaksa melepaskan anak aku dari kandungan ku... Sebagai isteri aku terpaksa memberitahu kepada suamiku bahawa zuriatku tak dapat diselamatkan....


Sebaik sahaja doktor membuka jahitan, anak aku keluar dengan senang sekali.. Aku terkejut melihat anak aku yang boleh dikatakan besar dari usia kandungannya.. Mungkin ini hasil dari titik peluh aku menjaganya dengan elok semasa dia berada didalam kandunganku... Doktor memberitahu jantinanya... Memang selama ni sudah ku jangka jantinanya perempuan walaupun aku tak scan lagi... Mungkin juga sebab dari kehamilan lagi aku menjadi sangat-sangat manja dengan suamiku, sampai tak boleh berenggang langsung... kata orang kalu dah jadi macam tu mesti anak yang dikandung tu perempuan sebab anak perempuan selalunya rapat dengan si ayah...


Aku menangis dengan sepenuh hati bila aku tengok anak aku sudah tak bermaya dan terbujur di situ kerana paru-parunya tidak boleh bernafas sendiri... Apabila doktor memotong tali pusat anak aku maka terputus la sudah pernafasannya dengan ku.... Aku lebih sebak apabila melihat suamiku menangis di kala jururawat menunjukkan anak ku kepadanya... Lagi membuatkan aku lemah, aku berasa sungguh kecil dan tak bermaya... Aku tak dapat memberi zuriat kepada suamiku buat kali kedua... Kenapa Allah duga aku sebegini... Bilakah dugaan ini akan berhenti????


Aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Nur Zahra Allisya Binti Zainal Ariffin pada 6.3.2010 pada pukul 12.15pm.... Puteri sulungku amat cantik, sempurna dan cukup sifat berbeza dari usianya... Pada hari yang sama jugak pada pukul 4.12 petang anak aku telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kulim... Aku redha atas segalanya... Allah itu maha segalanya... Pasti ada hikmah dan agenda yang lebih besar buatku di masa akan datang.... Alhamdulillah, walaupun anakku sudah tiada tapi kasih sayangku kepadanya tak pernah luntur... Aku dan suamiku amat menyayanginya dan kami sentiasa merinduinya... Aku berdoa agar Allah beri aku peluang kali ketiga untuk menimang cahaya mata...


Akan ku kirimkan AL-FATIHAH buat puteri sulungku NUR ZAHRA ALLISYA... Semoga anakku bahagia di sana dan semoga kita akan berjumpa lagi di akhirat nanti...

Zahra, Papa n Mama akan sentiasa doakan yang berbaik buatmu....


p/s:- Aku juga tahu banyak lagi wanita di luar sana mengalami masalah serta dugaan seperti ku... Sabar la wahai para wanita.. sesungguhnya Allah itu maha segalanya... Pasti ada rezeki buat kita di masa akan datang....

Friday, June 26, 2009

Died at 50.. 'King of Pop'



He died of cardiac arrest at UCLA Medical Center aged 50 years old, 25.6.2009 (Thursday)


YOU ARE NOT ALONE


Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold


Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay


But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone


'Lone, 'lone
Why, 'lone


Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin


Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay


For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone


Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there


You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart


For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay


For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart


For you are not alone...


Psstt... He was my idols... Just love his songs so much.... I can remember my late mama used to like to listen to his famous song 'Billy Jean'..... May rest in peace!!!

Wednesday, June 24, 2009

New Moon Movie Tie-In Cover


Psst.... Cam nak beli plak tapi aku dah ada complete set (Original cover).... Hmmmm xpa kut beli boleh buat collection untuk movie tie-in cover plak... hehehehe macam banyak duit kan... Demi Twilight Saga collection, kena buat jugak... Hehehehe

Wednesday, June 17, 2009

Tak Sabar Menanti....

Coming Soon on November 2009



Official Poster For New Moon Movie

P/S:- Tak sabar aku menanti cerita ni.... rasanya selagi tak habis semua Twilight Saga ni... Selagi tu aku dalam keresahan.. hehehehe Aku tau hanis pun suka jugak macam aku....
Semua buku aku dah abis baca siap hafal lagi.... Hehehehe excited terlebih....

Tuesday, June 2, 2009

Yes!! Bolot habis... TWILIGHT RULES...

MTV MOVIE AWARD 2009












Yeah!!! Aku rasa best sgt2.. Yelah diaorang bolot mostly award yang ader dalam MTV Award 2009 so best2... Hero aku - Rob Pattinson dapat "Best breakthough male award"... Yang lain menang award "Best Fight, Best Kiss and Best Movie"...
*********************************

Freeze Frames New Moon Trailer Preview







Psstttt.. Aku tak sabar nak tengok filem terbaru New Moon di pawagan November ni .... Mesti best kan dapat tengok sequal dari cerita Twilight ni kan... Hehehehehe

Monday, June 1, 2009

Penyanyi Karaoke Yang Berjaya... Hahahaha

Gambar2 ni aku tangkap sewaktu melakukan aktiviti senaman tekak dekat REDBOX, Gurney Plaza... Penat tu memang la penat tapi puas aku boleh menyanyi walaupun suara aku tak sedap... hehehehe yang aku paling tak tahan bila aku dengar adik aku nyanyi la "Isabella 98" dengan "Menghitung Hari" dah la dia tu lelaki... suara memang kelakar... Banyak lagi gambar yang aku amik tapi, nak upload amik masa.. nanti kalu ader time aku upload lagi ok.... Peace!!!


Gaya penyanyi yang baru nak warming up... time pemilihan lagu....


Tengok makanan kat belakang 2.. banyak kan?? Yummy2


Ader orang kata muka hubby aku iras2 Faizal AF4.. betoi ke??? Cam tak caya jer...



Dah la kena paksa menyanyi.. kena siap posing lagi... Peace

Bantai nyanyi selagi anje kata jangan stop.. abang xleh stop nyanyi.. Hehehe
Gaya penyanyi yang dah puas menyanyi.. Hehehehe

Pssstttt... Lepas nyanyi family aku iaitu adik2 aku dan hubby aku memutuskan akan membuat aktiviti melawat Redbox setiap hujung bulan... Yepeee....

Wednesday, May 27, 2009

Pujaan Hati Hubby ku.....


Aku tak tau nak post entri apa kali ni... Tapi ader la satu cerita tentang gelagat hubby aku dengan idola pujaan hatinya... Dah berminggu-minggu aku keluar masuk kedai video speedy aku dok tolong hubby aku cari sambungan VCD "John Cena - This Is My Life" part II tentang kehidupan wrestler kegemaran dia dari kecik hingga dah besar panjang... Siapa lagi kalu bukan Si JOHN CENA, dah puas aku bagitau kat dia VCD part II tak jual dah... Yang ader DVD jer... Beli jelah.. Walaupun dia akan tengok balik apa yang dia dah tengok dalam VDC part I dalam DVD tu atleast collection dia dah complete dan aku tak yah pening2-kan kepala untuk mencari... Dah puas aku suruh kawan baik aku yang ader kat Texas, USA pi cari pasal John Cena.. Penat jugak aku...



Ni yang membuatkan aku tertanya-tanya apa yang ader dengan John Cena ni??? Mula-mula aku dah ingat hubby aku ni "GAY" rupanya bukan.. Hehehehe Hubby aku ni admirer sangat dengan badan dia... Dulu dia minat sangat dengan Dwayne "The Rock" Johnson, sekarang ni tambah lagi seorang pujaan hati... Naik jeles aku plak... Tiap-tiap hari pi gym sebab nak badan cam John Cena... Aku ni dok bantai gelak bila hubby aku dok posing depan cermin pastu dok tanya ader tak badan cam wrestler pujaan dia... Hahahaha Aku balas balik.. "Comel bang.. Comel... Keep up the good work, badan abang akan jadi cam John Cena... Tak pun cam "The Rock" jer hehehehe.." Tak salah kan aku bohong sunat dengan hubby aku??? Ok apa badan cam "The Rock" steady jer... Aku suka... Tapi nampak gaya makin membesar muscle2 badan hubby aku, nak tunjuk kata dia boleh la 2.. Cam Malaysia boleh plak, nak jadi Sazali Samad plak ke??? Hehehehehe

Nice Body... Hehehehe


Baru-baru ni plak tak abis-abis dok cerita kat aku dia tengok John Cena dalam citer "Snoop Dog - Fatherhood" kat dalam E-Channel, Astro... Hubby aku citer dengan penuh perasaan, seronok tengok John Cena rapping dengan Snoop Dog la... Muscle dia besar la... Macam-macam lagi.. Letih aku nak melayan cam budak-budak plak dah... Hehehehe Terpaksalah dengar kalu tak dengar kata aku ni dah tak amik perhatian plak... Sabar jelah...




Sexy... Macho Guy...

Pssstttt.... Sebenarnya aku pun jatuh hati dengan John Cena.. Kalu wrestling ader jer si mamat ni sure aku akan tengok walaupun aku x berapa minat tengok WWE.... I like John Cena... Hehehehe Tapi aku paling suka sebenarnya Dwayne "The Rock" Johnson...




Tuesday, May 26, 2009

JADIKAN ANAK PANDAI

SHICIDA METHODS

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun. Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain, malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini. Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :



Gambar Hiasan

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur, cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi. Insya-Allah menjadi.


Gambar Hiasan

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d. Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu.

Gambar Hiasan

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air (water colour), melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.


Gambar Hiasan

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

Gambar Hiasan

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi.

Gambar Hiasan

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut. Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna, bunyi dan sebagainya. Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam (Sixth Sense) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.


Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut. Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ”.
Pssstttt... Sama-samalah kita jadikan amalan ni sebagai rutin harian buat anak-anak...Walaupun aku xda anak lagi... Hehehehe