Bila hari raya nak menjelang aku mula rasa sunyi dan sedih bukan kerana aku tak mempunyai keluarga sendiri tapi kerana mengingati arwah mama aku yang hampir 3 tahun telah meninggalkan aku & adik-adik aku. Terdengar jer lagu raya hati aku mula sayu, kalu dengar takbir raya terus aku melalak… Tambah-tambahan plak lagi 10 hari kita nak beraya… Memang aku tak leh nak control feeling aku. Bukan sebab aku mengada-ngada, sebab maybe yang akan kata “ala camtu pun nak nangis relax la.. yang pergi tu dah pergi, sudah!!!” Bukan aku saja nak jadi camtu tapi bila aku rindu giler kat arwah mama aku. Sejak mama takda hidup aku jadi tak tentu arah, raya pun sudah takda makna untuk aku & adik-adik aku… Bagi abah aku maybe la bermakna lagi sebab dia dah kahwin lain, dah ada family lain.
Tahun ni aku akan balik ke Negeri Sembilan, kampung belah suami aku yang tersayang. Kecian kat adik aku sebab tahun ni dia beraya sendirian. Abah aku balik rumah mak mertua dia, adik aku pasti tak akan ikut punya. Adik aku yg no.2 kerja tahun ni kalu balik pun dalam petang raya so tinggal la adik aku yang baru umur 15 tahun tu kat rumah sorang-sorang dipagi raya… Dia ada kata kat aku.. “kak..kak.. kalu arwah mama ada mesti taufik takkan raya sorang-sorang kan?...” berderai airmata aku dikala adik aku meluahkan perasaan hati dia. Tahun sebelum ni aku bersama dia tapi tahun ni dia bersendirian. Adik aku kata dia rela bersendirian dari menagih simpati orang dipagi raya, nak balik rumah tok aku pun dia tak mau kalu aku dan adik aku tak ada sekali… Sebab utama tok aku suka marah dan membebel kat dia, sedangkan tok aku tak faham apa yang dia dah lalui dalam hidup dia…
Seingat aku bila time nak raya aku dengan arwah mama aku mesti akan bergaduh, bukannya apa yelah masing-masing sibuk nak menyiapkan rumah untuk raya.. selalunya sehari sebelum raya memang akan perang besar punya la.. Dah la aku ni pemalas mama aku plak terlebih excited apa lagi meletup la bom dia.. Hehehehe La aku memang merindui semua itu. Sapa nak gaduh dengan aku sehari sebelum raya, mak tiri aku memang Nampak cam tak amik tau yelah sebab dia bukannya pemilik rumah tu. Cam arwah mama aku lain la, dia dengan abah aku yang susah payah membeli rumah so mesti la nak rumah dia cantik kan lagipun dia selalu kata “mama nak duduk rumah ni sampai mama mati.. tak nak beli rumah lain dah..” memang termakbul doa mama kan, mama meninggal pun dalam rumah dia..
Semalam aku baru balik dari cuci kubur arwah mama, bila time nak balik mesti berat kaki aku nak melangkah. Aku rasa cam mama nak aku duduk kat situ dan mengaji untuk dirinya. Selalunya tiap-tiap pagi raya aku akan ke kubur tapi tahun ni tidak.. Takpa la takkan aku nak menghukum suami aku, tak adilkan sebab aku masih lagi ada mak mertua… Tahun ni aku buat biskut raya yang arwah mama selalu buat.. sedap tak sedap aku bantai jer asalkan aku dapat lepaskan rindu aku.. Terasa sangat sebab aku ni sorang anak pompuan dia, selalu sangat bersama… La memang rindu yang teramat. Dikala aku menaip blog ni pun airmata aku mula nak meleleh, aku kesat sebab aku tak mau menangis tahun ni…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN!!
2 comments:
Hepp Slayer...bawak2 bertenang, n manyakkan doa n ngaji untuk arwah mama key.. yang pergi memang tetap pergi.... tapi biarla dia pergi dalam dgn hati yg senang...gembira..yg tinggal mmg hati kita yg x elok...tapi perelokkan lah supaya roh arwah tersenyum bila dia 'menziarah' kita... =)
ups.. dah kawen ek..
Post a Comment