Entri kali ni aku nak cerita tentang adik aku yang paling bongsu... Ni pun aku mendapat galakkan dari kawan baik aku si Galuh Cendra Kirana, kerana dia aku tergerak hati untuk memperkenalkan adik aku ni kepada semua kawan-kawan blog...
Dahulu aku tak pernah terfikir bahawa aku akan mempunyai adik bongsu yang baru menggantikan adik aku si Taufik.... Sebagai anak sulung... aku dan juga 2 orang adik lelaki aku berasa kami sudah cukup bahagia dan menyayangi antara satu sama lain… walaupun aku dengan adik-adikku membantah dengan sekeras-kerasnya perkahwinan kedua abahku selepas kematian mama aku tapi apa kan daya mogok kami tak menjadi.. Abah aku berkahwin juga dengan ibu tiriku.. Mula-mula hati aku berasa amat benci dengan keluarga baru yang dibina oleh abah aku tapi mungkin Allah S.W.T lebih berkuasa.. Dia maha mengetahui segalanya.. Selepas 5 bulan berkahwin ibu tiriku disahkan mengandung… Tanggal 29hb Januari 2007 adik aku yang paling bongsu dilahirkan dan diberi nama Ahmad Imran… sekarang umur dia 2 tahun lebih... Dengan kehadiran adik aku yang paling bongsu, hati aku mula menjadi cair.. kecomelan, kenakalan, kecerdikkan dan yang lain-lain membuatkan aku sentiasa tertawa bila aku melihat gelagat adik aku… sesungguhnya aku amat menyayangi adik-adik aku walaupun adik yang terakhir berlainan ibu… Aku hanya mampu menceritakan secara ringkas sahaja, kalu nak cerita panjang-panjang nanti aku teringat kat arwah mama aku.. Aku akan menangis lagi... Nanti kecian kat hubby aku nak kena beli tisu banyak-banyak untuk aku, banjir rumah aku plak.... hehehehe
Di sini aku sertakan gambar-gambar terbaru adik aku.. gelagat si kecik ni ditangkap oleh aku sebelum si dia muntah kerana dipaksa makan ubat… hehehehe Waktu tu aku saja nak testing-testing digital kamera adik aku... tup-tup si Imran ni menerkam laju jer kat aku... dengan mulut terkumit-kumit, dia kata "tatak..tatak... tatak duya.." (Hmmm nak sebut kakak pun tak reti lagi..) dia nak aku tangkap gambar dia.. siap posing lagi.. Pening aku dengan budak kecik ni...
Kalu aku tipu orang kata ni anak aku pun orang akan pecaya... muka serupa.. kan..kan..kan...
Ni gambar favourite aku sebab aku berjaya buat dia duduk diam-diam...
Ni lagi aku tak tahan, siap nak bergambar dengan Ultraman dia... Patung sebelah yang meniarap tu nama "Pak Abu".. Entah kenapa nama patung tu nama orang tua... hehehe
Asyik dok suruh aku tangkap gambar dia jer...
Gelak.. Gelak.. Sebab aku marah kat dia, orang suruh senyum lain plak dia buat...
Senyuman si Imran kekadang membuatkan aku tak jadi nak marah kat dia...
Gaya macam raja jer.. Ni walaupun kecik kaki buli ni...
Si Imran sibuk tengok rancangan kegemaran dia.. Apa lagi kalu bukan "TOM TOM BAK"
Ni adik aku yang no. 2 si Taufik yang sedang asyik makan jer... Kalu tak makan keja dia bergaduh dengan si Imran... hehehehehe
p/s:- Nanti kalu ader cerita menarik pasal si Imran, aku akan post dalam blog ni lagi... Tunggu...
3 comments:
Erkkk... adik-adikku.... ermm...haishh...aku tatau nak ckp ape lagik dah.. adik yg sorang lagi tu kuatnye makan... hehehe! Taufik!!!!! keklin rindu kamoooo
haish.. budak kecik mg comey.. apala yg dia tahu pasal dunia nih ye.
Cik Uji...
adik saya ni hanya tau semua rancangan dalam Astro Ceria channel 611.. hehehehe
Post a Comment