Cuba main tekan-tekan....

Thursday, March 12, 2009

Sekadar donden penglipurlara
Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon.. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.

Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yangbertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya....

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis 'KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '.
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Biladibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis..

Apa motto iklan itu...??

>
>
>
>

'7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI'

KAH KAH KAH -YG SEDANG MEMBACA NI BUKAN MAIN TERSENGIH LEBARLAH YEEEE

Hahahahaha lain kali sapa ader anak2 @ saudara perempuan yang baru kawin & nak tau aper2 rahsia daripada dia orang jgn lupa pakai kod iklan ok....

3 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

erkk...aku akan pakai kod yg last kot...erkkkk.....apaqarhhhh!!! tidaaakkkkkk

Walinong Sari said...

Hahahaha memandai jer budak ni... ang x kawin lagi.. nanti dah kawin pakai kod iklan pastu email kat kak wie tau... hehehehe

~ujicham~ said...

hehehe.. seb baik tak nama sari. kalau sari, honeymoon kat penang, kod iklan? hahaha.
(adush, kena rembat ngan penyapu sbb cakap ngan anak dara cenggini)