Cuba main tekan-tekan....

Wednesday, May 27, 2009

Pujaan Hati Hubby ku.....


Aku tak tau nak post entri apa kali ni... Tapi ader la satu cerita tentang gelagat hubby aku dengan idola pujaan hatinya... Dah berminggu-minggu aku keluar masuk kedai video speedy aku dok tolong hubby aku cari sambungan VCD "John Cena - This Is My Life" part II tentang kehidupan wrestler kegemaran dia dari kecik hingga dah besar panjang... Siapa lagi kalu bukan Si JOHN CENA, dah puas aku bagitau kat dia VCD part II tak jual dah... Yang ader DVD jer... Beli jelah.. Walaupun dia akan tengok balik apa yang dia dah tengok dalam VDC part I dalam DVD tu atleast collection dia dah complete dan aku tak yah pening2-kan kepala untuk mencari... Dah puas aku suruh kawan baik aku yang ader kat Texas, USA pi cari pasal John Cena.. Penat jugak aku...



Ni yang membuatkan aku tertanya-tanya apa yang ader dengan John Cena ni??? Mula-mula aku dah ingat hubby aku ni "GAY" rupanya bukan.. Hehehehe Hubby aku ni admirer sangat dengan badan dia... Dulu dia minat sangat dengan Dwayne "The Rock" Johnson, sekarang ni tambah lagi seorang pujaan hati... Naik jeles aku plak... Tiap-tiap hari pi gym sebab nak badan cam John Cena... Aku ni dok bantai gelak bila hubby aku dok posing depan cermin pastu dok tanya ader tak badan cam wrestler pujaan dia... Hahahaha Aku balas balik.. "Comel bang.. Comel... Keep up the good work, badan abang akan jadi cam John Cena... Tak pun cam "The Rock" jer hehehehe.." Tak salah kan aku bohong sunat dengan hubby aku??? Ok apa badan cam "The Rock" steady jer... Aku suka... Tapi nampak gaya makin membesar muscle2 badan hubby aku, nak tunjuk kata dia boleh la 2.. Cam Malaysia boleh plak, nak jadi Sazali Samad plak ke??? Hehehehehe

Nice Body... Hehehehe


Baru-baru ni plak tak abis-abis dok cerita kat aku dia tengok John Cena dalam citer "Snoop Dog - Fatherhood" kat dalam E-Channel, Astro... Hubby aku citer dengan penuh perasaan, seronok tengok John Cena rapping dengan Snoop Dog la... Muscle dia besar la... Macam-macam lagi.. Letih aku nak melayan cam budak-budak plak dah... Hehehehe Terpaksalah dengar kalu tak dengar kata aku ni dah tak amik perhatian plak... Sabar jelah...




Sexy... Macho Guy...

Pssstttt.... Sebenarnya aku pun jatuh hati dengan John Cena.. Kalu wrestling ader jer si mamat ni sure aku akan tengok walaupun aku x berapa minat tengok WWE.... I like John Cena... Hehehehe Tapi aku paling suka sebenarnya Dwayne "The Rock" Johnson...




Tuesday, May 26, 2009

JADIKAN ANAK PANDAI

SHICIDA METHODS

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun. Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain, malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini. Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :



Gambar Hiasan

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur, cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi. Insya-Allah menjadi.


Gambar Hiasan

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d. Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu.

Gambar Hiasan

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air (water colour), melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.


Gambar Hiasan

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

Gambar Hiasan

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi.

Gambar Hiasan

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut. Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna, bunyi dan sebagainya. Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam (Sixth Sense) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.


Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut. Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ”.
Pssstttt... Sama-samalah kita jadikan amalan ni sebagai rutin harian buat anak-anak...Walaupun aku xda anak lagi... Hehehehe

Friday, May 22, 2009

Love Story

Apa makna Cinta pada korang semua?? Adakah cinta seseorang itu di kira amat bermakna melalui kata-kata atau perbuatan?? Ataupun perlukah seseorang itu menunjukkan cintanya kepada pasangan dengan meluahkannya secara terang-terangan, mungkin mengucapkan kata azimat cinta di hadapan orang lain?? Bagi aku cinta tak akan dapat di ungkap dengan hanya kata-kata... Cinta perlukan pengorbanan dan seseorang boleh melakukan apa sahaja untuk membuktikan kepada pasangan masing-masing perasaan cintanya... Adakalanya cara untuk meluahkan rasa cinta dilakukan secara unik tanpa disedari oleh pasangannya sendiri.. Terpulang kepada individu masing-masing untuk melakukannya....
Kalu korang la.... Camner ha korang luahkan perasaan cinta korang kepada pasangan masing-masing?? Hehehehe Boleh berkongsi dengan aku cara-caranya???
*****************************

~Love Story~

I have a boyfriend who grew up with me. His name is Jin. I always thought of him as a friend until last year, when we went to a trip from a club. I found that I fell in love with him. Before that trip was over, I took a step and confessed my love for him. And soon, we became a pair of lovers, but we loved each other in different ways. I always concentrated on him only, but by his side, there were so many other girls.


To me, he was the only one, but to him, maybe I was just another girl...

"Jin, do you want to go watch a movie?" I asked.

"I can't"

"Why? You need to study at home?" I felt disappointment grabbing me.

"No... I am going to meet a friend... "He was always like that. He met girls in front of me, like it was nothing. To him, I was just a girlfriend. The word 'love' only came out from my mouth. Since I knew him, I had never heard him say 'I love you' before.

To us, there weren't any anniversaries at all. He didn't say anything from the first day and it continued till 100 days... 200days...


Everyday, before we say goodbye, he would just hand me a doll, everyday, without fail.

I don't know why... Then one day...

Me: Um, Jin, I ...

Jin: What...don't drag, just say..

Me: I love you.
Jin: ......you....um, just take this doll and go home.


That was how he ignored my 'three words' and handed me the doll. Then he disappeared, like he was running away. The dolls I received from him everyday, filled my room,one by one. There were many... Then one day came, my 15th year old birthday. When I got up in the morning, I pictured a party with him,and stranded myself in my room, waiting for his call. But... lunch passed, dinner passed... and soon the sky was dark... he still didn't call..


It was already tiring to look at the phone anymore. Then around 2am in the morning, he suddenly called me and woke me from my sleep. He told me to come out of the house. Still, I felt joy and I ran out happily.

Me: Jin...

Jin: Here...take this...

Again, he handed me a little doll.

Me: What's this?
Jin: I didn't give it to you yesterday, so I am giving it to you now. I'm going home now, bye.

Me: Wait, wait! Do you know what today is?

Jin: Today? Huh?

I felt so sad, I thought he would remember my birthday. He turned around and walked away like nothing had happen.

Then I shouted... "Wait..."

Jin: You have something to say?

Me: Tell me, tell me you love me...

Jin: What?!

Me: Tell meI put my pathetic self behind and clung on to him.

But he just said simple cold words and left.

"I don't want to say...that I love someone so easily, if you are desperate to hear it, then find someone else."

That was what he said. Then he ran off. My legs felt numb...and I collapsed to the ground. He didn't want to say it easily...


How could he....

I felt that...

Maybe he is not the right guy for me...After that day, I stranded myself at home crying, just crying.

He didn't call me, although I was waiting. He just continued handing me a little doll every morning outside my house. That's how those dolls piled up in my room... every day

After a month, I got myself together and went to school.

But what made the pain resurface was that... I saw him on a street...with another girl...

He had a smile on his face, one that he never showed me...as he touched the doll... I ran straight back home and looked at the dolls in my room, and tears fell...


Why did he gave these to me...

Those dolls are probably picked out by some other girls... In a fit of anger, I threw the dolls around. Then suddenly, the phone rang. It was him.

He told me to come out to the bus stop outside my house. I tried to calm myself down and walked to the bus stop. I kept reminding myself that I am going to forget him, that... it's going to end.

Then he came into my sight, holding a big doll.


Jin: Jo, I thought you were pissed, you really came?

I couldn't help hating him, acting like nothing had happen and joking around.

Soon, he held out the doll as usual...

Me: I don't need it.

Jin: What....why...

I grabbed the doll from his hands and threw it on the road.

Me: I don't need this doll, I don't need it anymore!! I don't want to see a person like you again!

I spitted out all the words that were inside me.

But unlike other days, his eyes very shaking. "I'm sorry" He apologized in a tiny voice. He then walked over to the road to pick up the doll...


Me: You stupid! Why are you picking up the doll?! Just throw it away!!!

But he ignored me and just went to pick the doll.

Then...

Honk~ Honk~

With a loud honk, a big truck was heading towards him.

"Jin! Move! Move away!" I shouted...


But he didn't hear me, he squatted down and picked up the doll.

"Jin, move!"

HONK~!!

"Boom!" That sound, so terrifying.


That's how he went away from me.

That's how he went away without even opening his eyes to say one word to me.


After that day, I had to go through every day with guiltiness and the sadness of losing him...

And after spending two months like a crazy person...

I took out the dolls. Those were the only gifts he left me since the day we started going out. I remembered the days I spent with him and started tocount the days... when we were in love...


"One...two... three..."


That was how... I started to count the dolls...

"Four hundred and eighty four... four hundred and eighty five..."It all ended with 485 dolls.


I then started to cry again, with a doll in my arms. I hugged it tightly, then suddenly...

"I love you~, I love you~"I dropped the dolls,shocked.

"I....lo..ve...you??"I picked up the dolls and pressed its stomach.

"I love you~ I love you~"It can't be!


I pressed all the dolls' stomach as it piled on the side.

"I love you~"

"I love you~"

"I love you~"

Those words came out non-stop.


I...love you...Why didn't I realize that.....

That his heart was always by my side, protecting me. Why didn't I realize that he love me this much...


I took out the doll under the bed and pressed it's stomach, that was the last doll, the one that fell on the road. It had his blood stain on it. The voice came out, the one that I was missing so much...


"Jo...Do you know what today is? We've been loving each other for 486 days. Do you know what 486 is? I couldn't say I love you.... Um... since I was too shy... If you forgive me and take this doll, I will say that I love you... everyday... till I die... Jo... I love you..."


The tears came flowing out of me.. Why? Why? I asked god, why do I only know about all this now? He can't be by my side, but he loved me until his last minute...


For that... and for that reason... to me... it became courage... to live a beautiful life....


It's better to lose your pride with someone you love rather than lose someone that you love with your useless pride!


Psstttt... Aku memang suka baca kisah - kisah cinta.. Pastu menangis sorang... Waaaa'

Tuesday, May 19, 2009

MARRIAGE...



To those who are married, .. Not married .. and soon to be married

When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce.. I raised the topic calmly.

She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Dew. I didn't love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.

She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Dew so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn't have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Dew.

When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.
In the morning she presented her divorce conditions: she didn't want anything from me, but needed a month's notice before the divorce.She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month's time and she didn't want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day.

She requested that everyday for the month's duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Dew about my wife's divorce conditions... She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully..

My wife and I hadn't had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mummy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don't tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn't looked at this woman carefully for a long time.. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me.

On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn't tell Dew about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me... she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it's time to carry mum out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn't noticed that our life lacked intimacy.
I drove to office.... jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind... I walked upstairs. Dew opened the door and I said to her, Sorry, Dew, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Dew, I said, I won't divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn't value the details of our lives, not because we didn't love each other any more. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart.

Dew seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away.

At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I'll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead.

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank, blah..blah..blah. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse's friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!

If you don't share this, nothing will happen to you.

If you do, you just might save a marriage.



Pssttt.... I cried after finish reading this story.... Sorry Guys, but man will never change if the woman didn't make them open their eyes....

Friday, May 15, 2009

Tiga sekawan....

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal. Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan. Mereka dikehendaki pergi kedalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Ni la tiga sekawan.. Si Amat, Abu dan Budin.. Transformasi selepas kena bakar....

Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana. Dari jauh Ama tmendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!! LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-bahak. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar.

"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2 Budin balik bawak durian 10 bijik".


Pssttt.... Gila la 10 bijik durian tu.... camner nak tahan ha???

Wednesday, May 13, 2009

Aku dah BOSAN.. Aku dah bosannnnn......

Entri kali ni aku tak tau nak tulis apa... Kepala Otak aku blank giler.. Aku bosan kat tempat kerja... Bosan dengan life... Bosan... Bosan... Ader idea nak bagi hilang bosan tak? Hehehehe



Psssttt... Entah kenapa aku suka tengok gambar2 ni time aku tengah bosan... Aku ni dah mental ke???

Tuesday, May 12, 2009

Soccer... Guys will love this one....


Actually dah lama aku dapat email ni dari kawan aku... So ari ni since big boss tak ader kat ofis aku pun apa lagi dok 'kelebek' segala email lama2 dalam personal folder aku....Bagi aku time la patut aku amik kesempatan secara terang-terangan.... Independent's day katakan... Yahooooo....... Tetiba entah camner aku terbuka balik email yang dihantar oleh kawan aku dan aku dapati quite interesting email ni sebab ader gambar pompuan separuh bogel tengah main bola sepak... Aku tau nanti ader yang akan suka tengok gambar2 ni... Hehehehe Jangan tak tahu aku pun suka tengok jugak... Hohohoho (Terkantoi plak....)
Ini membuatkan aku terfikir kalu la ader pasukan bola sepak wanita camni mesti semua yang mai tengok si lelaki2 muda, bapak2 budak, atuk2 yang masih kuat dan lain2... hehehehe tak dapat aku nak imagine camner... Apapun pandai jugak si amoi2 dalam gambar ni posing maut... kalu suruh main betoi2 entah boleh ke x??? Tup2 nak sepak bola pun tak straight.. Hehehehe












Pssstttt... Ader sapa nak main bola sepak dengan awek2 camni???? Mesti banyak yang beratur nak sign up masuk pasukan bola ni.... Hehehehe

Monday, May 11, 2009

Al-Kisah Boss..... Hehehehehe


Entri kali ni sebab aku terbaca blog si Hanis dan Kapten Luffy... Kes Luffy lupa nak bawak spare "seluar kecik" waktu dia nak mandi air terjun... Hehehehehe.... So jangan jadi cam cerita bawah ni sudah la...


******************************


Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan ... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la..

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper, dengan dua tayar depannya pancit woakakaakakakaakakakkak.....



Psssttt... Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware..... Hehehehehe... Dok terbayang kereta mini hijau Mr. Bean.....

Friday, May 8, 2009

A Song For Mama... Happy Mother's Day

Entri kedua kali ni aku taruh lagu favourite aku tajuk "A Song For Mama" dari kumpulan Boyz II Men semperna Mother's Day 10hb Mei 2009.... Setiap kali Hari Ibu jer aku akan dengar lagu ni pastu melalak sepuas hati... Yelah mana taknya dulu waktu arwah mama aku hidup aku selalu hantar kad untuk dia walaupun aku stay jauh time tu... Now, Bila mama dah tak ada aku sunyi la... Nak bagi kad dekat mak tiri aku pun kena pikir dua tiga kali... Kekadang tak berbaloi sebab dia tak macam perangai seorang ibu pun (kecuali dengan anak dia jelah).... Walaupun aku ni anak yatim dan tak ada mak untuk aku ucapkan Happy Mother's Day.... Namun aku mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Happy Mother's Day untuk semua ibu, mama, mak, ummi dan mommy kepada semua blogger dalam blogspot ni.... Tolong sampaikan ucapan aku kat mak korang semua ok... Aku nak menumpang kasih ni...


Buat Mama Galuh, special ucapan untuknya....
"Buat Puan Azizah aka Mama Galuh, Selamat Hari Ibu.... Semoga Mama Happy Selalu dan diberkati oleh Allah S.W.T sepanjang masa... Dari anak kawan mu... Walinong"


Sedih siot... Teringat aku kat arwah mama aku.... "Buat Arwah Puan Noor A'ini Ismail, Ku hadiahkan buatmu surah Al-Fatihah.. Semoga mama tenang di sana".....


Mama, You'll always be in my heart....


A Song For Mama

You taught me everything
And everything youve given me
I always keep it inside
Youre the driving force in my life, yeah

There isnt anything
Or anyone I can be
And it just wouldnt feel right
If I didnt have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
Youll always be you always will be the girl
In my life for all times
Chorus
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama youre the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars (yes it is)
Mama, I just want you to know
Lovin you is like food to my soul
Yes it is, yes it is (ooh), yes it is, yes it is, yes it is

Youre always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong (Yes you did)
And you took up for me
When everyone was downin me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
Youll always be
You will always be the girl in my life

Chorus
Mama, mama you know
I love you you know i love you (2x)
Ooh you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars (yes it is)
Mama, I just want you to know
Mama i just want you to know
Lovin' you is like food to my soul

Never gonna go a day without you
Fills me up just thinking of you
I'll never go a day without my mama

Chorus
mama you know I love you
Ooh you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin' you is like food to my soul
Lovin' you is like food to my soul
Ooh, yeah yeah
You are the food to my soul
Yes you are, oh

Psstttt... Credit to Boyz II Men for this great song....

Tag... Tag.. Dari Cik Uji

Aku pun dah terkena tag dari Cik Uji... Tengah best dok layan blog dia tetiba terlihat something dekat bottom entri tag dia... So aku positif kan segala2 yang aku ada dan menjawab tag tersebut... Hehehehehe Cik Uji, ni ha apa yang ader kat dekstop Walinong....



Psstttt.... Aku memang suka dengan TWILIGHT.... Hehehehe
Hari ni aku akan post dua entri... Yang lagi satu lambat2 sikit la yer... Hehehehe

Thursday, May 7, 2009

Happy Mother's Day... 3 days to go...

Entri sepanjang minggu ni pasal Mother's Day jer... So harap maklum la yer.... Aku rindu sangat kat arwah mama aku....

Mother's Loves are FREE FOR LIFE....Sayangi dan ingati la ibu kita sentiasa...



Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

******************************************


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu" . Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Pssssttt... Ada sapa yang nak kata semua di atas tak benar?? Kalu ader boleh komen atau bagi pendapat, silakan....

Wednesday, May 6, 2009

Nasihat Kehidupan



1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


Psstttt... Panduan untuk semua ni bagi yang sudah berkahwin ataupun yang akan berkahwin...

Tuesday, May 5, 2009

Cerita sedih semperna Mother's Day.....



Dah lama aku dapat email ni, tapi aku hanya simpan je dalam folder tanpa membacanya... Tetiba terdetik hati aku untuk membaca dan aku rasa cerita ni patut dikongsikan bersama kawan-kawan dalam blogspot... So aku taruh dalam blog aku, harap cerita panjang ni tak menjemukan pembaca-pembaca semua...

Semoga ianya dapat memberi teladan dan pengajaran...


Kepada yang masih punya ibubapa/ ibubapa mertua.. Gunakanlah peluang kedua sebaik-baiknya. Semuga hidup kita diberkati. Amin..

*********************************************

''Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!"


KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu. Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utara tanah air.


Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar.
Kehadiran surat Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi. Kisah Adi akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargai ibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada tandingannya di dunia ini.


Begini kisah Adi: "Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. "Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.


"Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung. "Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya. "Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati. "Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan. "Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.


"Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu. "Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan. "Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.


"Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar. "Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang
jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.


"Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembap dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.


"Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri. "Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.


"Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak."Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?


"Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat. "Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Saya jelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.


"Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal. "Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.


"Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah."Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.


"Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu.. "Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.


"Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini. "Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu.. Alhamdulillah...'' begitu Adi menutup kisahnya.


Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibubapa. Hargailah mereka. Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu


Pssstttt.... Sama-sama kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh dan solehah....

Monday, May 4, 2009

Kisah Diganggu ROH (seram neh) ....

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena buatan org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman maka dia pun bercerita...

As usual kekadang org cina nih suka masuk kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikut masuk. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari... kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua... mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer....

Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikanke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut... dia tgk nombor tuh... mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.
Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?" Kata kawanku.

"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak....."

Pssttt... Sapa-sapa tolong pinjam kan charger kat si hantu ni... kecian kat dia.... Hahahaha