Aku sebenarnya tengah bosan duduk kat ofis, tak tahu nak buat apa bukan kerana tak ada kerja tapi tengah merindui seseorang... Agak keberatan untuk aku mangakui dan menyatakan bahawa aku amat merindui kawan baik aku a.k.a adik pompuan aku yang di sekarang ni dok ada kat Kuala Lumpur... Siapa adik aku tu, siapa lagi kalu bukan Si Galuh Cendra Kirana ... Aku masih ingat lagi masa kami bersekolah, aku ni tak henti-henti buli dia.. Suruh dia bawak bekalan untuk makan tengahari (Bukan saja nak buli tapi mama si galuh tu masak memang sedap.. Love you mama)... Ajak dia ponteng sekolah, bukan aku saja nak bagi dia jadi budak jahat tapi sebab tak seronok ponteng sorang-sorang (Galuh, jangan marah aku yer)...
Aku suka melepak dengan si Galuh ni sebab dia suka order makan banyak-banyak pastu aku akan jadi ikan MPSP dia (tukang tolong habiskan makanan)... Bukan aku tak suka, tapi Galuh.. Ko telah mengemukkan kakak ko ni sangat... Aku Pasrah!!!
***********************************************************************
Mengimbau kali terakhir aku jumpa dengan si Galuh pada tahun lepas, tu pun pi meronda-ronda bila dia bawak balik kawan dia si Sarah dari Kuala Lumpur... Oleh kerana si Sarah satu kepala hotak dengan aku dan si Galuh, aku jadi bersemangat nak berjalan... Selalu aku in suka melepak kat rumah jer, tak pun tunggu si Galuh balik dari KL kami melepak kat Nasi Kandar Nasmir... Tapi kali ni aku punya la bersemangat bawak si Sarah ni naik feri sebab nak pi jalan-jalan kat Penang, walaupun aku ni sebenarnya tak berapa suka naik feri (pssstt.. mabuk laut sebenarnya).... si Galuh dengan si Sarah ni bukan main posing atas feri, mau tak mau aku pun kena join sekali aku takut kang ader yang terlebih posing sampai terjatuh dari feri (kira nak jadi penyelamat la ni).... Tetiba aku plak yang terposing lebih.. hehehehe
Siap taruh tanduk atas kepala masing-masing...
Sampai jer kat Penang, first sekali kitaorang pi makan kat "Nasi Kandar Line Clear" (popular tu.. macam si Aswad AF5 selalu kata.. Line Clear)... Makan kat sana sedap tau tapi macam biasa la si Galuh ni, suka suruh aku habiskan makanan dia.. Apapun Adikku cayang, I love you!!!Habis makan aku dan rombongan Cik Galuh ke bukit bendera... Sebenarnya banyak tempat nak pi tapi sebab time tu singkat sangat aku dengan si Galuh rancang nak bawak si Sarah ni terus pi ke Bukit Bendera pastu nak bawak pi Batu Ferringhi (Best kat sana, hotel pun banyak)... Sampai kat Bukit Bendera, tiket yang dijual time lambat plak... Tergendala lagi program kami..
Kami tukar rancangan sementara tunggu time untuk naik tren ke puncak Bukit Bendera, aku terus bawak rombongan aku ke Batu Ferringhi.. Pi pekena "Laksa Penang dengan Rojak Buah", sambil si Sarah dengan si Galuh continue buat posing maut lagi sekali.. Aku tak dapat nak post gambar kat sini sebab si Sarah tak bagi aku pun (Maybe sebab aku tak dalam dalam sesi penggambaran tu kot)...
Selepas rombongan semua habis makan, aku terus jadi pemandu formula one... bukannya apa aku takut lambat sampai ke Bukit Bendera.. nanti melepas plak naik (rugi tiket wo).... Tiba jer kat sana fuhhh.. sempat lagi rupanya, mana tak nya aku ni sempat langgar bontot keta mercedes (nasib baik cina tu tak marah aku).... sebelum naik tren ke puncak sempat lagi aku dengan si Galuh posing maut...
Lawa tak kami ni... mendongak ke kerajaan ke-tujuh di langit...
Akhirnya sampai jugak kami kat atas puncak... cantik pemandangan dari atas, baru aku sedar betapa cantiknya negeri kelahiran aku... Pulau Pinang... Pulau Mutiara... Bagi blogger yang ada dalam blog ni jemput-jemput la datang ke Pulau pinang... Segala aktiviti melawat boleh dirancang oleh Cik Galuh Cendra Kirana (dia memang suka merancang).. hehehehehep/s:- Buat Cik Galuh Cendra Kirana.... Balik la cepat, aku merindui mu teramat sangat....
6 comments:
Huwaaaaa....tajuknye cam lagu lucah..hihihihihihhiihahahaa... huhhuhu terharu akuuu....!! anyway tq so muucchhhh...mmmuuaahhhh!! love u tooo!! my kakak!!
hahahahaha Love you too...
balik cepat ok..
Walinong Sari? Satu lagi yang uncle suka
Uncle, ini kawan saya sejak dari tujuh tahun. best friend. kenalkan Walinong Sari. elo Pn. Sari, kenalkan ni bapa angkat kita dlm blog, uncle Mountdweller..!
uncle Mountdweller....
Thank you so much sebab sudi menjenguk ke blog yang tak seberapa ini dan selamat berkenalan...
Post a Comment