Berikut sebagai Sedikit panduan. Entah betul ke tak....
A
Ramah Dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam Pergaulan selain bijaksana Dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah Berasa hati, Dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan Perasaan marah. Meskipun be! gitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit Dan membahayakan Dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia Dan Penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah Dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan Rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak Dan selalu Menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin Dan kuat Bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai Cita-cita.Kelemahannya adalah selalu bimbang Dan sukar mempercayai Orang lain.
E
Pandai Dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila Hatinya gundah Dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah Dan keras kepala. Mereka Juga sukar memaafkan. Tidak setia Dan amat berhati-hati bila Berbelanja.
G
Kerap murung Dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun Belajar ketika rakannya bermalas-malasan Dan sebaliknya suka Bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan Orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka Berkhayal Dan bercita-cita terlalu tinggi..
I
Suka memendam perasaan Dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa Curiga Dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah Dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam Pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan Dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya Gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah Dan pandai bergaul Dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka Bergosip Dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila Berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai Dan kreatif, suka kelembutan Dan jika dikongkong, mereka akan Berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros Dan keras kepala.
N
Baik hati Dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan Menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah Bersedih hati Dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh.S uka memendam perasaan Dan permasalahan serta sukar Mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong Dan Suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka Dan selalu ceria. Punya banyak idea Dan sangat Kretif. Sering melakukan sesuatu! yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam Dan boros.
Q
Setia Dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk Kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur Dan mudah emosi.
R
Pendiam Dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai Dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan Sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai Dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang Suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar Menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri Selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang Dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang Lain. Tidak tahan dengan kritikan Dan kurang pandai menyusun kata-kata Jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut Dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, Mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita Yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah Dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan.Punya toleransi yang Tinggi Dan ringan tangan. Keras kepala Dan sukar diatur, tetapi! Hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran Dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah Tersinggung Dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam Dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong Walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani Mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka Dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa Terlebih dulu Dan gemar menonjolkan diri
Pssttt... Buat Cik Galuh, baca yang ada huruf 'H' yer.. hehehehe
3 comments:
Aku baca yg huruf H, N ngan A... R pun baca gak (Rozmat)hehehehehe...apa habaq abah mat aku....kihkihkhih kimsalam aaa
aku baca S..
lalala~
Buat Cik Galuh..
Abah mat ang tu sihat2 je selalu... Tima kasih sbb ingat kat Mr. Potato tu... hehehehehe
Cik Zara...
Sama tak dengan diri cik zara tu???
Post a Comment